Monday, March 23, 2009

cinta

"terus bagaimana cara mencintai lawan jenis yang sebenarmya?"

"mencintai dengan timbangan fitrah dan bashirah. mencintai dengan kesucian dan mata hati. fitrah dan bashirah yang menjadi timbangannya. iaitu, jika kau mencintai wanita bukan kerana tertipu oleh kecantikan paras rupanya dan keelokan bentuk tubuhnya. bukan kerana disihir oleh matanya yang berkilau-kilau indah seperti bintang kejora. bukan pula terpikat kerana bibirnya yang ranum segar seperti mawar merekah, dan juga bukan kerana keindahan suaranya yang sukar dilupakan. bukan kerana hartanya yang melimpah ruah. bukan kerana kehormatannya, yang kau akan jadi ikut terhormat kerana menikahinya. jika kau mencintainya bukan kerana itu semua. tapi kau mencintai dengan memakai timbangan fitrahmu, dan mata batinmu. kau mencintai dia kerana merasakan kesucian jiwanya dan agamanya, dan mata batinmu cenderung kerana kecantikan akhlak dan wataknya. hatimu terpikat kerana harumnya kalimat-kalimat yang keluar dari mulutnya. saat itu kau telah mencintai lawan jenis secara benar."

dipetik dr novel dalam mihrab cinta, karya habiburrahman el sherazy

About Me

My photo
mempunyai 2 personaliti? hehe menakutkan? xlah. bukan 2 personaliti. org mukmin itu akan sentiasa ada 2 tarikan. tarikan iman n tarikan syaitan. mungking dlm blog ini sy akan bahasakan diri sy,'saya' atau 'aku'. ketahuilah bahawa 'aku' itu merupakan diri yg lepas atau diri yg dipenuhi emosi. manakala 'saya' ialah diri yg ingin berubah kearah kebaikan. hah pening? silalah pening. kui3

Followers