Thursday, April 21, 2011

saat ini
kelu lidahku
lesu jiwaku
kaku mindaku
bahkan nadiku tidak berdetik

kata-kata dan janji manis
yang kite lakarkan bersama
telah musnah
ranap dalam sekelip mata
ia hanyalah bisikan angin
mahupun mimpi
yang tidak pernah hadir di dunia realiti

cukuplah perpisahan ini
yang mampu merobek jiwaku
yang melukai perasaanku
bernanah hatiku yang tak mungkin kau pernah sedar
kerana
apalah erti diriku di matamu dan
apakah kehadiranku memberikan sebarang erti padamu

mulai saat ini detik ini
anggaplah aku hanya bayang-bayang
yang apabila waktu malam tiba
akan hilang ditelan kegelapan malam
anggaplah aku tidak pernah hadir dalam dirimu
oh sayang

About Me

My photo
mempunyai 2 personaliti? hehe menakutkan? xlah. bukan 2 personaliti. org mukmin itu akan sentiasa ada 2 tarikan. tarikan iman n tarikan syaitan. mungking dlm blog ini sy akan bahasakan diri sy,'saya' atau 'aku'. ketahuilah bahawa 'aku' itu merupakan diri yg lepas atau diri yg dipenuhi emosi. manakala 'saya' ialah diri yg ingin berubah kearah kebaikan. hah pening? silalah pening. kui3

Followers